Pesta Pantun 2008
Terangnya sungguh sang suria dinihari
Membangunkan manusia dari tidur semalaman
Pesta Pantu 2008 kami semua menghadiri
Di Taman Warisan Melayu kita sokong teman Pentas Karyawan!
Pada 8hb Jun 2008, 4 anggota Pentas Karyawan telah mewakili Politeknik Republik dalam pertandingan Pesta Pantun, yang diadakan setiap tahun. Kali ini, pertandingan ini diadakan di Taman Warisan Melayu dengan tema "Bersantai" dengan para peserta mengenakan baju tradisional.
Muhammad Hilmi, Khairunnisa, Fitria Farhana dan juga Nurhasinah telah menguji kebolehan masing-masing dengan menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan kali ini walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam aksi berpantun sebelum ini. Namun, mereka tetap mengibarkan semangat mereka dengan terus melatihkan diri dalam menjual dan membeli pantun sesama sendiri.
Walaupun mereka terpaksa menghadapi pesaing yang amat handal-handal belaka dari Maktab Rendah Anderson, mereka terus mencuba dengan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Ternyata, peserta-peserta kita tidak sedikit pun mengambil sambil lewa tentang pertandingan ini walaupun tema untuk pertandingan tahun ini adalah "Bersantai".
Para hadirin telah diberikan sedikit masa untuk berehat sebentar setelah pertandingan antara Politeknik Republik dan Maktab Rendah Anderson berakhir sebelum acara diteruskan dengan pengumuman keputusan. Walaupun para peserta kita tidak dapat mara ke peringkat seterusnya, namun semangat mereka tidak sedikit pun dihambat. Semangat mereka yang berani menyahut cabaran, gigih berusaha dan tidak pernah memberi peluang untuk pesaing mereka memandang rendah kepada mereka adalah sesuatu yang patut kita contohi.
Walau apa jua keputusannya, Pentas Karyawan mengucapkan syabas ke atas kejayaan mereka dalam mengatasi markah yang diperolehi beberapa institusi pengajian tinggi yang lain dan sekaligus membuktikan bahawa Politeknik tidak lemah!
mari kita lihat... telatah kita hari ini....
haaa.. inilah fitria farhana dan muhammad hilmi... hehe.. sedang menanti dua lagi teman mereka yang turut menyertai pertandingan ini... hish.. lambat nyerr....
haaa.. inilah mereka berempat... muhammad hilmi, khairunnisa, fitria dan hasinah...

haaa.. ini pulaaa.. lepas acara dah selesai.. kami ke restoran zam-zam..! hehe.. ni lah.. lapar sangat.. dapat kari pun jadilah...

haiii.. budak-budak yang ini pun terikut tersampuk sama....??

hehehe... nadiah dan hasinah...

inilah... antara gadis-gadis yang hadir... muka mau maintain lawa ajaaa...

haaa.. lihatlah pulak gelagat 'hunks' kitaaaa..... manislah sangat muka satu2..

yang bertudung tu.. sibuk nak bergambar ajaa... orang makan pun tak senang... muhammad hilmi dan nadiah

haaa.. tengok-tengok.. masih lagi mengganggu orang.. nadiah dan akhbar..

haaa... ni da kenapa pulak... yang satu macam budak baik tunggu makanan dengan sabar.. lagi satu pula.. dah tak bermaya lah sgt.. takkanlah lapar sangat datin.... hasinah dan khairunnisa

haaii.. ini pun sama?? perangai lah budak-budak ni.... nadiah dan ezzah

haaa.. ni hasinah.. dah tak boleh tahan sabar lagi? merungut pulakk.. khairunnisa pun.. happy sangat dah dapat air... belum lagi dapat makanan.. kita lihat nanti..... hahaha...

yang ini dua pulak dalam kesukaan yang teramat-sangat kenapa?? padahal meja kosong!

haaaa... ni lah food of the day kita... sampai empat orang makan.... errrmm.. di meja perempuan lah kann...

HAAA TENGOK TUU!!! SUKA SANGAT DAPAT MAKANAN!!!!

hahaha... sudah-sudahlah tu yaaa..... harap anda semua terhibur....
salam untuk semua...!
-Nurul Nadiah
(pada ezny, selit2lah group photo kita nanti yaaaa.....)
Isnin, 9 Jun 2008,12:16 PG