<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3698609420193059938?origin\x3dhttp://pentaskaryawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Welcome

Kekata MCG

Menyatu harapan
Curahan impian
Gemilang si anak seni!

Zaman berzaman kian berganti
Anak Melayu ke mana kini?
Seni budaya bersulam adat
Hadir Pentas Karyawan mengasah bakat!

Profile
| Links | Talk
Pantun Memantun

Ok...tadi anak-anak abah dengan pembantu abah ade buat pantun...LOL!!!ABAH OR WAAAATT!!!okok....korang semua boleh la bace eh...nk gelak gelak jer...jangan simpan-simpan...tak baik tau...i will divide it into two parts...=D...buat masa sekarang i will post part 1...here we goooo...kitorang praktis dengan dua kerat dulu...lepas tu 4 kerat....lepas tu si pembantu aku ajar camner nak buat 6 kerat...sumpah aku maseh tak dapat tangkap macamaner nak buat 6 kerat...okok...

cukup sudah dengan bebelan aku
mari abah bukak tirainyer dulu

...LOL!!!please eh jangan pikir bukan-bukan eh....

Main bola main kompang
Main sampai semua letih
Pantun dari bukan calang-calang orang
Inilah pantun dari usaha yang gigih...

Jual:
Pergi sekolah bawa dadih
Kenapa awak bersedih ~Hilmi~

Beli:
Pergi sekolah bawa buku
ini semua kerana kamu ~Amirah~

Kalau jalan berhati-hati
Ku sedih kerana kucing mati ~Farah Syahirah~

Pabila berbual jangan berlebih
Kerana kesepian aku sedih ~Akhbar~

Pergi sekolah naik bukit
Saya sedih kerana sakit ~Fitria Farhana~

Pergi padang Nampak belalang
Kerana sesuatu yang tak boleh dihalang ~Mizah~


Tidak ingin saya berkata
Kerana ingin memendam rasa ~Sinah~


Jual:
Saya minat ingin bertanya
Apa lagi sebab-sebabnya ~Hilmi~

Beli:
Awak beri saya harapan
Saya ditinggalkan tanpa dakapan ~Amirah~

Orang cacat sering disisih
Kucingku di bunuh kekasih ~Farah Syahirah~

Dihutan rimba burung berterbangan
Kerana hati telah dihancurkan ~Akhbar~

Tanya jangan sembarang tanya
Biarkan itu jadi rahsia ~Fitria Farhana~

Bapak saya orang yang kaya
Kerana ibu meninggalkan saya ~Mizah~


Di tepi laut ade ketam
Saya bersedih kerana di hentam ~Sinah~

Jual:
Budak mengaji alif ba ta
Apa itu ertinya cinta? ~Farah Syahirah~

Beli:
Cinta itu bak sekuntum bunga
Begitu sukar untuk mentafsirkannya ~Amirah~

Cinta tak kenal pangkat dan harta
Cinta yang suci, lahir dijiwa ~Akhbar~

Bekerja di kedai jadi pencuci
Cinta memadam rasa benci ~Fitria Farhanah~

Anak beruang baru mati
Cinta itu perasaan hati ~Mizah~


Saya diberi nama dayang
Cinta itu kasih dan sayang ~Sinah~

Jual:
Cinta itu sesuatu yang suci
Benarkah ia memadam benci? ~Hilmi~

Beli:
Mata berpandang, hati berdebar
Itulah erti cinta berkembar ~Amirah~

Kasih syang Syira tak dapat diteka
Benci dalam percintaan seperti parut dimuka ~Farah Syahirah~

Dalam air nampak bayang-bayang
Benci dimalapkan kerana sayang ~Akhbar~

Kuih atas meja mudah basi
Itu sesuatu aku tak sangsi ~Fitria Farhana~

Kawan saya namAnya mutu.
Ada kebenaran di sebalik itu ~Mizah~


Tidak dapatku nafikan lagi
Memang benar kata dia ~Sinah~


END OF PART 1
Inilah Budak-Budak Yang Tulis Pantun-Pantun Di Atas Ni...
*KAMERA SAPER TAU NIE!!BLUR SEH!!!*(Amirah not in the picture)

Jumaat, 23 Mei 2008,10:29 PTG