Jual:
Rumah flat bertingkat-tingkat
Rumah bungalow berasing-asing
Umur kita semakin meningkat
Bilakah awak ingin bersanding? ~Akhbar~
Beli:
Tok pengetua ketua kampong
Anak-anaknya suka bertepung
Saya sudah pun berpunya
Hanya tunggu bila masanya ~Amirah~
Makan roti baker berisi kaya
‘Ya kun kaya’ yang menaja
Calon-calon semuanya kaya
Tunggu sampai datangnya anak raja ~Farah Syahirah~
Usia hanya suatu angka
Janganlah kawanku tersangka-sangka
Tidak perlu ku tunggu lama
Kerna diriku sudah berpunya ~Fitria Farhana~
Lintah penuh di dalam sawah
Anai-anai di pohon jati
Kalau awak tidak sabar
Tunggu saja undangan nanti ~Hilmi~
Rumah teres bersambung-sambung
Rumah kampong tidak bersambung
Muka saya tidak lah hodoh
Bila tiba masa ketemulah jodoh ~Sinah~
Pergi padang mahu berlawan
Bawa bersama keris berupa bulan
Sabarlah sikit wahai kawan-kawan
JODOH kita di tangan tuhan ~Mizah~
Jual:
Makan roti cecah kari
Jangan sampai tergigit jari
Soal jodoh soal hati
Bolehkah jodoh dijual beli? ~Hilmi~
Beli:
Beli tuna di kedai deli
Sambil membaca majalah
Bolehkah jodoh dijual beli?
Wahai teman mimpikan sajalah ~Farah Syahirah~
Sedang berterbangan burung merpati
Tersalah hinggap di atas peti
Dipertemukan kerna hati ke hati
Jodoh tak boleh ditukar ganti ~Akhbar~
Burung merpati terbang di awan
Hinggap pula di pohon rotan
Soalan itu senang sekali
Jawapannya tidak sama sekali ~Fitria Farhana~
Beli roti beli kaya
Lepas itu beli jelli
Walaupun dia anak raja
Jodoh tetap tidak boleh dijual beli ~Sinah~
Harta karun harus dijaga
Supaya tidak jatuh ke pencuri
Jodoh itu sesuatu yang berharga
Tidak boleh dijual beli ~Mizah~
Jual:
Diserbu oleh ramai wartawan
Bertalu-talu soalan ditanya
Impian hati ingin pergi kea wan
Apakan daya aku tak berupaya
Berkumpul di sekolah bersama kawan
Apa yang menarik dalam rumah? ~Hilmi~
Beli:
Menjalin hubungan dengan si dia
Ku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia ~Farah Syahirah~
Papan disorong, papan ditarik
Terlepas pegangan jauh melayang
Apa sebab rumah menarik?
Kerana adanya orang tersayang ~Akhbar~
Berbalas pantun budaya kita
Budaya kita kaya adapt
Rumah itu tiada sinarnya
Jika penghuni tidak beribadat ~Fitria Farhana~
Rimas saya menjawab wartawan
Ingin sahaja terbang ke awan
Namun nasib tidak memberi
Nasib yang hilang mahu dicari
Duduk mersembang minum teh-tarik
Rumah dihias dengan cara tersendiri yang menarik ~Sinah~
Pergi taman tengok biawak
Sambil melihat, minum teh-tarik
Sungguh aneh soalan awak
Tetapi ada Pelbagai-bagai yang menarik ~Mizah~
Jual:
Bukit terletak di gunung ganang
Jatuh bukit lutut berdarah
Pergi kedai membeli benang
Mengapa mesti kamu marah? ~Mizah~
Beli:
Pisau berdarah kau yang pegang
Aku sumpah takkanku sentuh
Dendam di hati takkan hilang
Ibuku tiada kau yang bunuh ~Farah Syahirah~
Anak Pak Abu menghidap barah
Tak ingin menyerah terus bersabar
Marah bukan sembarang marah
Marah kerana jiwa tercabar ~Akhbar~
Lama sudah kau menghilang
Terasa rindu di dalam hati
Setiap malam ku terbayang-bayang
Marahku tiada kau ku cintai ~Fitria Farhana~
Pergi perigi mengambil air
Air diambil untuk anda
Suria yang terik membuatku cair
Penyebab kemarahan saya ialah anda ~Sinah~
Alangkah indah bila bercinta
Bila bertengkar hati terluka
Diminta berjauhan buat seketika
Itulah sebab saya marah ~Hilmi~