<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3698609420193059938?origin\x3dhttp://pentaskaryawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Welcome

Kekata MCG

Menyatu harapan
Curahan impian
Gemilang si anak seni!

Zaman berzaman kian berganti
Anak Melayu ke mana kini?
Seni budaya bersulam adat
Hadir Pentas Karyawan mengasah bakat!

Profile
| Links | Talk
Salahku, Wanita

buat renungan kita bersama...

Photobucket
(click to enlarge)



hehe, rasa-rasanya, anda-anda di luar sana tahulah yerr, ape yang menjadi sumber inspirasi saya untuk hasil karangan nie...

yuk, kita kupas sedikit


Wanita ini adalah kaum yang lemah. Walaubagaimanapun, ada badan-badan kemasyarakatan yang berjuang untuk membela hak wanita. Namun, SEJAUH MANA HAK KAUM WANITA INI DIBELA?


Untuk kaum adam di luar sana, apakah ciri-ciri ideal yang anda cari dalam seorang wanita? Adakah anda akan mencari wanita yang merokok? Yang bebas pergaulannya? Tentunya, hampir keseluruhan di kalangan anda akan menjawab tidak. Kenyataannya, ANDA INGINKAN WANITA YANG SEBAIK-BAIK MUNGKIN, ya kan?


Arus kemodenan semakin pesat berkembang. Mampukah kita terus mempertahankan adat budaya dengan sesempurna mungkin, tanpa membiarkan ia ditelan masa disebabkan globalisasi? Globalisasi. Sesuatu yang amat penting dalam kemajuan negara. Dalam mendekati diri dengan globalisasi, kita harus membuang fikiran kolot kita dan membuka minda kita dengan lebih luas lagi. Namun, adakah globalisasi itu sebaik mana yang kita fikirkan? Adakah masyarakat kita sendiri mampu menerima globalisasi? Terbukakah minda kita sebenarnya?


Mendalami isu ini, anggota pentas karyawan telah mengupas sedikit sebanyak perkara-perkara yang menjadi bahan perbualan orang lain dalam masyarakat Melayu-Islam di Singapura, mendefinasikan apa yang diterima dan apa yang tidak diterima oleh masyarakat. Di sinilah, kami mendapati bahawa WANITA ADALAH DENGAN SENDIRINYA SEBUAH GARIS PINGGIR YANG MENGHALANG GLOBALISASI.


Mengapa apabila lelaki merokok, masyarakat terima, apabila wanita merokok, MASYARAKAT TIDAK DAPAT TERIMA dengan sebaiknya?

Apabila pergaulan lelaki dan wanita tidak terjaga,
HANYA WANITA YANG DITUDUH GATAL? Mengapakah lelaki bagai tidak bersalah? Bukankah mereka(lelaki) juga yang menggoda si wanita? Dan apakah salah wanita ketika terjatuh dengan godaan itu? Bukankah kami semua berdosa dan bernafsu?

Mengapa dalam isu rumah tangga, jika lelaki berfoya-foya, salahnya WANITA YANG TIDAK PANDAI MENJAGA HATI SUAMI?

Mengapa dalam hal politik atau kerjaya, sebaik-baiknya, lelaki memegang jawatan yang lebih besar dari wanita? Bukankah wanita itu boleh membuktikan bahawa dirinya setaraf? Mengapa menjadi hal besar apabila wanita itu lebih berjaya? Mengapa kejayaan wanita itu dianggap negatif, kerana ia seperti mencabar kaum lelaki? Sedangkan, ternyata dalam kekata inggeris, "behind every successful man, is a woman" yang menyatakan di sebalik setiap lelaki yang berjaya, adalah seorang wanita(yang membantu mengukir kejayaannya). Jadi APA SALAHNYA WANITA ITU MEMBUKTIKAN KEBOLEHANNYA?


Mengapa semuanya bagai salah wanita? Sedangkan dalam Islam, jika berdosa wanita itu melihat lelaki, dosa juga si lelaki kerana telah mengambil perhatiannya? Tetapi MENGAPA KINI BAGAI WANITA SAHAJA YANG DIPERSALAHKAN?


maka dalam pantun karangan ini, saya mempersoalkan tentang mana letaknya hak wanita sebenarnya, dan mengapa masih ada kekolotan minda ini terhadap wanita sedangkan kita ingin membuka minda, menuju ke arah globalisasi. tetapi, yang masih tidak terjawab adalah, MASIHKAH KITA AKAN TERIMA, JIKA PEMBUKAAN MINDA KITA INI MERUBAH KAUM WANITA KITA? kalau begitu, MASIHKAH GLOBALISASI SEBAIK MANA YANG KITA FIKIRKAN?


Adakah disebabkan globalisasi, akan terjadinya keruntuhan Melayu? WANITA Melayu?





baiklah, sampai disini sahaja perdebatan saya!!

(panjangnyerrr!!!)


Salam untuk semua,
Nurul Nadiah

Rabu, 2 April 2008,2:14 PG