Me
Nama: Pentas Karyawan
Dilahirkan: Tanggal 2006
Naungan: Kumpulan Budaya Melayu Politeknik Republic
PK Committee AY 09/10
Head of PK - Nada Farzana
Asst Head of PK (Drama & Literary) - Md Hilmi
Secretary - Nur Farahdillah
Publicity - Rabitah
Asst Publicity - Md Syafiq
Treasurer - Nur Amirah
Welfare - Md Syafiq
Logistic - Fitria Farhana
Contact us
(Head Of PK) Nada Farzana: 82507@myrp.edu.sg
(Asst Head of PK) Md Hilmi: 71955@myrp.edu.sg
Email:
pentas_karyawan@live.com.sg
Training Days
Tuesdays - Thursdays
Practice Room 3B (subject to changes)
Time: 5pm - 830pm
Time: 1pm - 5pm (Holidays)
(check for further emails)
Ada dan Tiada. Yang Mana?
Ada dan Tiada. Yang Mana?Disebalik awan yang kelabu
Sang suria sedang bersinar
Sedaya upaya, tanpa putus asa
Ia cuba melawan kabus tebal
Tetapi apakan daya
Kepulan awan terlalu tebal
Untuk menembus dan menerangi kegelapan
Aku setuju, seratus peratus aku menyokong
Memang benar kata kata mereka
Kebahagiaan amat mudah sekali dikecapi
Tetapi ironinya,
kenapa mereka masih lagi tidak bahagia?
Apakah mereka tidak mengenal erti kebahagiaan?
Atau, keadaan yang menghalang mereka?
Kenapa awan menghadang sang suria?
Kenapa pula guruh dan kilat menyusuli?
Pernahkah soalan ini bermain di fikiran kau?
Kau tercari-cari dimanakah matahari?
Apa yang ditonjolkan mempunyai maksud
Yang tersembunyi
Kenapa ia berlaku, kerana Allah
Dia ingin menghadiahkan kau Pelangi
Pelangi yang penuh indah dan berwarna-warni
Yang mampu mengubat hati yang menahan derita
Penderitaan yang amat menyiksakan
Penderitaan bukan menjadi sekatan
Untuk mencapai sesuatu yang diinginkan
Dunia ini adalah satu lakonan
Dan setiap lakonan ada maksud yang tersirat
Fahamilah maksud tersebut
Berlumbalah, mengejarlah, berlarilah kau
Mengenal apa sebenar erti kehidupan~Akhbar Bin Abdul Rahim"Doa memberi kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."
Selasa, 15 April 2008,9:37 PG