<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3698609420193059938?origin\x3dhttp://pentaskaryawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Welcome

Kekata MCG

Menyatu harapan
Curahan impian
Gemilang si anak seni!

Zaman berzaman kian berganti
Anak Melayu ke mana kini?
Seni budaya bersulam adat
Hadir Pentas Karyawan mengasah bakat!

Profile
| Links | Talk
Bayi-bayi bulan ini adalah...

Assalamualaikum...


Akhirnya, maklumat-maklumat telah dikompilasikan! (YESSA~!!)
Kepada bayi-bayi yang dilahirkan sebelum bulan Jun, saya memohon ribuan ampun dan maaf.
Mulai dari bulan Julai, saya akan meletakkan tarikh lahir para anggota yang bakal kunjung tiba dalam senarai “Month Babies” dalam jangka masa 2 bulan yang terdekat.

Pada bulan ini, kita ada...
LABIN
FATIN AMALIA
WIRNI ASYURA


Selamat Hari Jadi..
Moga-moga dimurahkan rezekinya.
Dipanjangkan umurnya.
Dan berlimpahan senyumannya.
InsyaAllah & amin..=)

Bulan depan pula..
Nurul Nadiah
Nur Amirah
Akhbar
Nurul Badriah


I'll update more about at my next entry...

Isnin, 30 Jun 2008,8:34 PTG


Birthday Shoutout!

Happy 20th Birthday, Wirni Asyura!

May you be blessed with truckloads of love in your life.

Moga-moga dimurahkan rezekinya.
Dipanjangkan umurnya.
Dan berlimpahan senyumannya.
Insya-Allah.
Be happy always.
With love,
Pentas Karyawan

Ahad, 29 Jun 2008,12:58 PG


Apasal la aku malas sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


=s

Jumaat, 27 Jun 2008,11:46 PTG


Kekadang Ku Tak Mengerti

Apakah yang ada di dunia ini
Yang dikejar-kejarkan sampai mati
Apakah yang dijanji dunia
Hinggakan lupa segala
Kekadang ku tak mengerti
Megapa kita sanggup menjual maruah
Hanya keinginan untuk menikmati
Harta dunia, nafsu amarah

Sanggup menengking ibu dan bapa
Hanya untuk menangkan kawan
Sanggup meninggalkan ibadah
Hanya untuk laksanakan lawan
Sedarkan kita siapakan lawan
Yang selalu menjauhi kita dari Tuhan
Manusia hari ini banyak lupa daratan
Tetapi teringin juga mencium syurga
Jauh sekali di ingatan
Tentang Tuhan punya neraka

Kekadang ku tak mengerti
Pengorbanan yang insan lakukan
Jauh dari sudut hati
Untuk insan mereka sayangkan
Hanya nama yang dicari
Tapi adakah nama itu berkekalan

Dimanakah tanggungjawab kita sebagai orang Islam
Atau hanya bergantung pada nama
Kewajiban Illahi diabaikan
Kewajiban dunia didahulukan
Seperti kita lupa maut akan tiba bila-bila
Seperti kita akan hidup selama-lama
Tetapi itu angan dunia

Sedarilah wahai kawan
Dunia hanya sementara
Kukuhkan iman
Jauhkan kebendaan
Dekatilah diri dengan Tuhan
Kerana yang membinging
Yang maha pengampun
Yang memberi kita nama
Yang memberi kita rezeki
Adalah Dia.

~Nurulhuda

Rabu, 18 Jun 2008,12:37 PG


Maklum Balas...

Mungkin ada yang membaca sebuah artikel di Berita Harian pada hari Sabtu (14hd June 2008).
Ia mengenai seorang wanita sedang mencari kerja sambilan pada cuti sekolah.
Penulis artikel itu mengakhiri dengan satu soalan,
"Haruskah pelajar mencari kerja pada cuti sekolah?"

Pada dasarnya, tanggungjawap kita sebagai pelajar hanya untuk belajar dan mendapat markah terbaik supaya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke Universiti.

Tetapi siapakah akan membayar pembelanjaan kos-kos periksaan dan seterusnya jika kemampuan ibu bapa kita terhad?

Dengan keadan Singapura sekarang, mana mungkin barang-barang murah ataupun percuma.
Jangan katakan barang sekolah.
Makanan dan kos kenderaan pun sudah naik.

Ada sesetengah pelajar mahu menolong ibu bapa mereka dengan meringgankan tanggungjawap mereka.
Tidak dapat nafikan, ada juga sesetengah pelajar bekerja kerana untuk mendapat kemewahan.
Seseorang tidak boleh memberi kata putus dengan senang tanpa mengetahui atau memahami situasi pelajar tersebut.

Mungkin pelajar-pelajar bawah umur mahukan pengalaman.

Kini saya ingin akhiri dengan soalan,
"Adakah duit menjadi fakta atas segala-galanya? Mungkinkah anak-anak kita berfikir suntuk?"

Selasa, 17 Jun 2008,2:16 PTG


wirni kena trick or waaddd

`DeiYa reeZ' says:
wirni asyura!

` Wirni Asyura -* says:
yee?

`DeiYa reeZ' says:
aku ade hal nak bebual ngan kau
ni serious case
pasal kau

` Wirni Asyura -* says:
asal ngn aku??
erm ok
go

`DeiYa reeZ' says:
aku taknak bebual blakang orang.. beh kau dgr.. nanti jadi
gaduh luar

` Wirni Asyura -* says:
kkk just let it out
aku dgr

`DeiYa reeZ' says:
seriously ehh.. aku bilang kau, kau dgr ckp aku.. sal aku dah betul2 mual..
KAU TAKE CARE LAH DIRI KAU BETUL2 KAK... KAU TAU KITE SUME SAYANGKAN
KAUUU... JANGAN BUAT WORRIED BABEEEE
HAHAHAHAH

` Wirni Asyura -* says:
NADIAHHH!!!!!!!!!!!!!!
kau nie ehhh
cekik darah sehh!!
alerrmak
terperanjat sehh aku

WOOOooooooTTtttsss!! baik wirni. kena baik punya dengan nadiah~!! hahaha.. tulahh.. buat orang worried lagi... sakit2 lagi tak jage diri... kan da kena ngan aku... amacam babe.. gelabah kan?? hahaha.. nampaknyer.. nadiah dah boleh join krew... WAKENABEB!!! haha.. ye lah ye lah.. nadiah evil.. tapi korang pun suka kan! haha.. woopsss... aku lurp kau wirni.. haha.. jangan maraaaa...

signing off yaw..
-nadiah


Khamis, 12 Jun 2008,11:28 PTG


Pesta Pantun 2008

Terangnya sungguh sang suria dinihari
Membangunkan manusia dari tidur semalaman
Pesta Pantu 2008 kami semua menghadiri
Di Taman Warisan Melayu kita sokong teman Pentas Karyawan!

Pada 8hb Jun 2008, 4 anggota Pentas Karyawan telah mewakili Politeknik Republik dalam pertandingan Pesta Pantun, yang diadakan setiap tahun. Kali ini, pertandingan ini diadakan di Taman Warisan Melayu dengan tema "Bersantai" dengan para peserta mengenakan baju tradisional.
Muhammad Hilmi, Khairunnisa, Fitria Farhana dan juga Nurhasinah telah menguji kebolehan masing-masing dengan menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan kali ini walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam aksi berpantun sebelum ini. Namun, mereka tetap mengibarkan semangat mereka dengan terus melatihkan diri dalam menjual dan membeli pantun sesama sendiri.
Walaupun mereka terpaksa menghadapi pesaing yang amat handal-handal belaka dari Maktab Rendah Anderson, mereka terus mencuba dengan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Ternyata, peserta-peserta kita tidak sedikit pun mengambil sambil lewa tentang pertandingan ini walaupun tema untuk pertandingan tahun ini adalah "Bersantai".
Para hadirin telah diberikan sedikit masa untuk berehat sebentar setelah pertandingan antara Politeknik Republik dan Maktab Rendah Anderson berakhir sebelum acara diteruskan dengan pengumuman keputusan. Walaupun para peserta kita tidak dapat mara ke peringkat seterusnya, namun semangat mereka tidak sedikit pun dihambat. Semangat mereka yang berani menyahut cabaran, gigih berusaha dan tidak pernah memberi peluang untuk pesaing mereka memandang rendah kepada mereka adalah sesuatu yang patut kita contohi.
Walau apa jua keputusannya, Pentas Karyawan mengucapkan syabas ke atas kejayaan mereka dalam mengatasi markah yang diperolehi beberapa institusi pengajian tinggi yang lain dan sekaligus membuktikan bahawa Politeknik tidak lemah!
mari kita lihat... telatah kita hari ini....

haaa.. inilah fitria farhana dan muhammad hilmi... hehe.. sedang menanti dua lagi teman mereka yang turut menyertai pertandingan ini... hish.. lambat nyerr....

haaa.. inilah mereka berempat... muhammad hilmi, khairunnisa, fitria dan hasinah... haaa.. ini pulaaa.. lepas acara dah selesai.. kami ke restoran zam-zam..! hehe.. ni lah.. lapar sangat.. dapat kari pun jadilah...
haiii.. budak-budak yang ini pun terikut tersampuk sama....??
hehehe... nadiah dan hasinah...

inilah... antara gadis-gadis yang hadir... muka mau maintain lawa ajaaa...haaa.. lihatlah pulak gelagat 'hunks' kitaaaa..... manislah sangat muka satu2..
yang bertudung tu.. sibuk nak bergambar ajaa... orang makan pun tak senang... muhammad hilmi dan nadiah
haaa.. tengok-tengok.. masih lagi mengganggu orang.. nadiah dan akhbar..
haaa... ni da kenapa pulak... yang satu macam budak baik tunggu makanan dengan sabar.. lagi satu pula.. dah tak bermaya lah sgt.. takkanlah lapar sangat datin.... hasinah dan khairunnisa
haaii.. ini pun sama?? perangai lah budak-budak ni.... nadiah dan ezzah
haaa.. ni hasinah.. dah tak boleh tahan sabar lagi? merungut pulakk.. khairunnisa pun.. happy sangat dah dapat air... belum lagi dapat makanan.. kita lihat nanti..... hahaha...
yang ini dua pulak dalam kesukaan yang teramat-sangat kenapa?? padahal meja kosong!
haaaa... ni lah food of the day kita... sampai empat orang makan.... errrmm.. di meja perempuan lah kann...
HAAA TENGOK TUU!!! SUKA SANGAT DAPAT MAKANAN!!!!

hahaha... sudah-sudahlah tu yaaa..... harap anda semua terhibur....
salam untuk semua...!
-Nurul Nadiah
(pada ezny, selit2lah group photo kita nanti yaaaa.....)

Isnin, 9 Jun 2008,12:16 PG