<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3698609420193059938?origin\x3dhttp://pentaskaryawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Welcome

Kekata MCG

Menyatu harapan
Curahan impian
Gemilang si anak seni!

Zaman berzaman kian berganti
Anak Melayu ke mana kini?
Seni budaya bersulam adat
Hadir Pentas Karyawan mengasah bakat!

Profile
| Links | Talk
ISC 2008

Leaving the trials of 2007
Selatra did us proud by emerging as runner-up
Tremendous improvement from 2006, winning 5Golds, 2Silvers and 5Bronze
This year,
They are back!

Aiming to win the Overall Champion on solid home ground
Do come and support us!



Be sure to drag your friends along and awaits our warriours fight the battlefield
6th-8th June, 14th-15th June 10am onwards
See ya!

`Wirni Asyura -*

Jumaat, 30 Mei 2008,11:17 PTG




Anak dara duduk mengelamun
Teringat kekasih bernama Hassan
Sokonglah kami di Pesta Pantun
8 June, sebelas pagi, di Taman Warisan

,10:10 PG


Cantiknya Bahasa

Cantiknya tersusun satu bahasa
Indahnya dibaca, dipandang mata
Terserlah kias berbunga warnanya
Terasa hati, dalam jua maknanya

Ayat diukir dari beberapa kata
Memberi lebih dari yang dibaca
Meneliti setiap isi kandungan
Agar memahami hasrat tersimpan

Cantiknya bahasa seperti taman
Berbunga kata dalam bicara
Tidak berubah seperti zaman
Tidak berpecah walau apa gara

Tidak dibeli, tidak dijual
Seperti maruah jangan digadai
Satu bahasa, sama kita bual
Sudah tersedia mestilah dipakai

Kecantikan bahasa tanpa tandingnya
Digunakan tidak kira bila masanya
Atau walau apa jua acaranya
Kuasailah bahasa, hargailah ia.

~Nurulhuda

Rabu, 28 Mei 2008,3:31 PTG


Wahai Lelaki, Wahai Wanita...

Wahai lelaki...

Kenapa kau cuba menegakkan benang yang basah. Bila ditanya Kenapa kau bercouple, kau mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudahberapa ramai wanita yang kau pegang, bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu. Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau bergambar dengan lelaki yang bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan?

Begitu juga ayah atau abang kepada perempuan yang kau main-mainkan. Adakah kau menganggap wanita itu permainan, boleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan ditinggalkan... adakah kau menganggap ibu kau permainan?... Jika tidak, Kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedangkan wanita lain juga seorang ibu dan bakal menjadi ibu kepada anaknya. Renungkan kembali.

Wahai lelaki...

Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada rupa paras dan betuk badan. Lihatlah wanita itu pada akhlak dan agamanya.

Wahai wanita...

Adakah kau menganggap diri kau itu hanya permainan lelaki... dipegang, ditangkap gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan denganmu? Apakah kau sanggup menjawab soalan anak- anakmu bila mereka melihat kau bergambar dengan lelaki yang bukan bapa mereka...apakah suamimu dapat menerima seorang wanita yang bergambar dan berpegang tangan dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya?!

Wahai wanita...

peliharalah tubuhmu itu dengan pakaian yang baik, dengan akhlak yang mulia dan pandanglah lelaki itu dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya rupa dan bentuk badan.

Dig dig through somethings in my computer and found this. Thought it would be good to share. :)
Take care Peeps!

Isnin, 26 Mei 2008,1:59 PTG


Pantun Memantun (Part 2)

Part 2


Jual:
Rumah flat bertingkat-tingkat
Rumah bungalow berasing-asing
Umur kita semakin meningkat
Bilakah awak ingin bersanding? ~Akhbar~


Beli:
Tok pengetua ketua kampong
Anak-anaknya suka bertepung
Saya sudah pun berpunya
Hanya tunggu bila masanya ~Amirah~

Makan roti baker berisi kaya
‘Ya kun kaya’ yang menaja
Calon-calon semuanya kaya
Tunggu sampai datangnya anak raja ~Farah Syahirah~

Usia hanya suatu angka
Janganlah kawanku tersangka-sangka
Tidak perlu ku tunggu lama
Kerna diriku sudah berpunya ~Fitria Farhana~

Lintah penuh di dalam sawah
Anai-anai di pohon jati
Kalau awak tidak sabar
Tunggu saja undangan nanti ~Hilmi~

Rumah teres bersambung-sambung
Rumah kampong tidak bersambung
Muka saya tidak lah hodoh
Bila tiba masa ketemulah jodoh ~Sinah~

Pergi padang mahu berlawan
Bawa bersama keris berupa bulan
Sabarlah sikit wahai kawan-kawan
JODOH kita di tangan tuhan ~Mizah~

Jual:
Makan roti cecah kari
Jangan sampai tergigit jari
Soal jodoh soal hati
Bolehkah jodoh dijual beli? ~Hilmi~


Beli:
Beli tuna di kedai deli
Sambil membaca majalah
Bolehkah jodoh dijual beli?
Wahai teman mimpikan sajalah ~Farah Syahirah~

Sedang berterbangan burung merpati
Tersalah hinggap di atas peti
Dipertemukan kerna hati ke hati
Jodoh tak boleh ditukar ganti ~Akhbar~

Burung merpati terbang di awan
Hinggap pula di pohon rotan
Soalan itu senang sekali
Jawapannya tidak sama sekali ~Fitria Farhana~

Beli roti beli kaya
Lepas itu beli jelli
Walaupun dia anak raja
Jodoh tetap tidak boleh dijual beli ~Sinah~

Harta karun harus dijaga
Supaya tidak jatuh ke pencuri
Jodoh itu sesuatu yang berharga
Tidak boleh dijual beli ~Mizah~

Jual:
Diserbu oleh ramai wartawan
Bertalu-talu soalan ditanya
Impian hati ingin pergi kea wan
Apakan daya aku tak berupaya
Berkumpul di sekolah bersama kawan
Apa yang menarik dalam rumah? ~Hilmi~


Beli:
Menjalin hubungan dengan si dia
Ku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia ~Farah Syahirah~

Papan disorong, papan ditarik
Terlepas pegangan jauh melayang
Apa sebab rumah menarik?
Kerana adanya orang tersayang ~Akhbar~

Berbalas pantun budaya kita
Budaya kita kaya adapt
Rumah itu tiada sinarnya
Jika penghuni tidak beribadat ~Fitria Farhana~

Rimas saya menjawab wartawan
Ingin sahaja terbang ke awan
Namun nasib tidak memberi
Nasib yang hilang mahu dicari
Duduk mersembang minum teh-tarik
Rumah dihias dengan cara tersendiri yang menarik ~Sinah~

Pergi taman tengok biawak
Sambil melihat, minum teh-tarik
Sungguh aneh soalan awak
Tetapi ada Pelbagai-bagai yang menarik ~Mizah~

Jual:
Bukit terletak di gunung ganang
Jatuh bukit lutut berdarah

Pergi kedai membeli benang
Mengapa mesti kamu marah? ~Mizah~

Beli:
Pisau berdarah kau yang pegang
Aku sumpah takkanku sentuh
Dendam di hati takkan hilang
Ibuku tiada kau yang bunuh ~Farah Syahirah~

Anak Pak Abu menghidap barah
Tak ingin menyerah terus bersabar
Marah bukan sembarang marah
Marah kerana jiwa tercabar ~Akhbar~

Lama sudah kau menghilang
Terasa rindu di dalam hati
Setiap malam ku terbayang-bayang
Marahku tiada kau ku cintai ~Fitria Farhana~

Pergi perigi mengambil air
Air diambil untuk anda
Suria yang terik membuatku cair
Penyebab kemarahan saya ialah anda ~Sinah~

Alangkah indah bila bercinta
Bila bertengkar hati terluka
Diminta berjauhan buat seketika
Itulah sebab saya marah ~Hilmi~


Sekian tamat...
Bulan June pertandingan PP
Bulan July pertandingan PPP
Pahit manis semua ada
Akhir pertandingan bawa balik benda ~Akhbar~

Sabtu, 24 Mei 2008,10:28 PTG


Pantun Memantun

Ok...tadi anak-anak abah dengan pembantu abah ade buat pantun...LOL!!!ABAH OR WAAAATT!!!okok....korang semua boleh la bace eh...nk gelak gelak jer...jangan simpan-simpan...tak baik tau...i will divide it into two parts...=D...buat masa sekarang i will post part 1...here we goooo...kitorang praktis dengan dua kerat dulu...lepas tu 4 kerat....lepas tu si pembantu aku ajar camner nak buat 6 kerat...sumpah aku maseh tak dapat tangkap macamaner nak buat 6 kerat...okok...

cukup sudah dengan bebelan aku
mari abah bukak tirainyer dulu

...LOL!!!please eh jangan pikir bukan-bukan eh....

Main bola main kompang
Main sampai semua letih
Pantun dari bukan calang-calang orang
Inilah pantun dari usaha yang gigih...

Jual:
Pergi sekolah bawa dadih
Kenapa awak bersedih ~Hilmi~

Beli:
Pergi sekolah bawa buku
ini semua kerana kamu ~Amirah~

Kalau jalan berhati-hati
Ku sedih kerana kucing mati ~Farah Syahirah~

Pabila berbual jangan berlebih
Kerana kesepian aku sedih ~Akhbar~

Pergi sekolah naik bukit
Saya sedih kerana sakit ~Fitria Farhana~

Pergi padang Nampak belalang
Kerana sesuatu yang tak boleh dihalang ~Mizah~


Tidak ingin saya berkata
Kerana ingin memendam rasa ~Sinah~


Jual:
Saya minat ingin bertanya
Apa lagi sebab-sebabnya ~Hilmi~

Beli:
Awak beri saya harapan
Saya ditinggalkan tanpa dakapan ~Amirah~

Orang cacat sering disisih
Kucingku di bunuh kekasih ~Farah Syahirah~

Dihutan rimba burung berterbangan
Kerana hati telah dihancurkan ~Akhbar~

Tanya jangan sembarang tanya
Biarkan itu jadi rahsia ~Fitria Farhana~

Bapak saya orang yang kaya
Kerana ibu meninggalkan saya ~Mizah~


Di tepi laut ade ketam
Saya bersedih kerana di hentam ~Sinah~

Jual:
Budak mengaji alif ba ta
Apa itu ertinya cinta? ~Farah Syahirah~

Beli:
Cinta itu bak sekuntum bunga
Begitu sukar untuk mentafsirkannya ~Amirah~

Cinta tak kenal pangkat dan harta
Cinta yang suci, lahir dijiwa ~Akhbar~

Bekerja di kedai jadi pencuci
Cinta memadam rasa benci ~Fitria Farhanah~

Anak beruang baru mati
Cinta itu perasaan hati ~Mizah~


Saya diberi nama dayang
Cinta itu kasih dan sayang ~Sinah~

Jual:
Cinta itu sesuatu yang suci
Benarkah ia memadam benci? ~Hilmi~

Beli:
Mata berpandang, hati berdebar
Itulah erti cinta berkembar ~Amirah~

Kasih syang Syira tak dapat diteka
Benci dalam percintaan seperti parut dimuka ~Farah Syahirah~

Dalam air nampak bayang-bayang
Benci dimalapkan kerana sayang ~Akhbar~

Kuih atas meja mudah basi
Itu sesuatu aku tak sangsi ~Fitria Farhana~

Kawan saya namAnya mutu.
Ada kebenaran di sebalik itu ~Mizah~


Tidak dapatku nafikan lagi
Memang benar kata dia ~Sinah~


END OF PART 1
Inilah Budak-Budak Yang Tulis Pantun-Pantun Di Atas Ni...
*KAMERA SAPER TAU NIE!!BLUR SEH!!!*(Amirah not in the picture)

Jumaat, 23 Mei 2008,10:29 PTG



kelakar ke tak ar???tk klakakan???kurang ajar lagi ade....nk nk part yang budak tu kene tendang....aku tendang balik orang yang tendang tu baru tau...


,12:13 PG


MCG Welcome Tea 2008

16th May 2008
MCG Committee organized a welcome tea for our beloved MCG members,
Especially for the new batch of juniors
Puteri Gunung Ledang it was, the main performing act
Plus sastera performance by Pentas Karyawan, with Celebrity Games too

Here are the pictures!

MCG Comm

page

Act

Dayang2 PGL

Makan Time

People

Refreshments

Loves

Group

When it comes to camwhoring session, the camera LOVES us!
PK peepz took lots of pictures, but didnt managed to post it all in here
Thanks to Cafe Esplanade, the refreshment was delish!

P/s: BELANJE! BELANJE! BELANJE!
Jangan kecoh jer kat tagboard nie
Ahahaha =P
Siapakah gerangan yang akan start belanje dulu,
Pentas Karyawan LAGII sayang!

Momentum 2008

BTW!!! RP's very first dance festival
MOMENTUM 2008!
Tickets at just $10, please contact Jannah at 61290@myrp.edu.sg
Nak pergi ramai-ramai? Lagi best!
JOM ahh!!! =D

Kay, aku penat. PPP bebb! PPP! Argh!!
Muackz!! Hugs and kisses!


` Wirni Asyura -*

Rabu, 21 Mei 2008,7:32 PTG



Manusia ini seorang P-E-L-A-C-U-R.


pernahkah kita menggadaikan fikiran kita demi membantu orang lain?

pernahkah kita menggadaikan jiwa demi memastikan kita tidak dibenci orang lain?

pernahkah kita menggadaikan tenaga demi menyelesaikan masalah orang lain?

pernahkah kita menggadaikan emosi demi menggembirakan orang lain?

pernahkah kita menggadaikan tidur kita demi memuaskan hati orang lain?

pernahkah kita menggadaikan keluarga demi mencipta nama lain dari pada yang lain?

pernahkah kita menggadaikan masa demi menyenangkan hidup orang lain?

pernahkah kita menggadaikan wang demi mendapatkan perhatian orang lain?

pernahkah kita menggadaikan maruah demi memberi cinta kepada orang lain?



sanggupkah kita menggadaikan kesemua tertulis sebelum ini
demi menggadaikan kehendak orang lain?


Manusia ini seorang P-E-L-A-C-U-R.
Pernahkah kita buat semua ini dengan bayaran?


- Inspired by Ganesh Kalyanam, Director of TRCC
I wrote this for us to ponder upon together.
Sorry for the harsh words used.


Salam,
'Arifah 'Atiqah Bte Rahmat =))

Ahad, 18 Mei 2008,12:07 PG


Birthdays

Yesss yuuhoooooo!

Im updating sebab blog nie macam berhabuk gitu
I just want to say many thanks to my Pentas Karyawan members
I enjoyed that training session as it was entertaining
All that I have to say is that you guys did your best
And I can see potential in you guys to really go far
Teamwork, confidence and spirit,
Along with the will to learn is the recipe to success
Let us build on PK Empayar together aites?
I believe in you guys, dun disappoint me =)

So yeahh here are some belated pictures
Happy Birthday to Fitria darling!!!!
(14th May)



Not forgetting to Syafiq too! (13th May)
Prayed that both of your life is blessed with hapiness always
And that you guys are always under Allah's love and care
PK loves euu both!

This is Team Labin and Labu
Haha
Gi taman yang satu nak kasi makan itik
Lagi satu tgh depress
"Nama u Labin? Nama I... Labu"
=P

This is Team Penagih Dadah and minah2 clubbing
Baikk korang!
"Tak padan kecik ahh police nie!"
=P



The peepz




Random moment
Semue tengah layan feelings masing-masing



Perfect picture =)


Pentas Karyawan is so Love!
PK rocks sebab orang-orang dier pon rockz
K macam faham


Yess, itz Welcome Tea guys!
Remember, itz Friday!
See you guys besok nye besok ok?
Peace!



` Wirni Asyura -*










Rabu, 14 Mei 2008,11:20 PTG


Ibu Oh Ibu

* KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

*Petikan dari sebuah lelaman*

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI DUNIA INI!

Ahad, 11 Mei 2008,12:17 PG



sesugguhnya,
allah maha adil dan saksama.

orang yang lupa padanya akan mendapat kesenangan di dunia yang
hanya kekal buat sementara dan seksa di neraka setelah kematiannya.

orang yang beriman akan sentiasa diuji dan akan sentiasa
diliputi kesedihan kerana terpaksa menempuh segala dugaan.
tapi janganlah kita lupa bahawa,
dugaan itu nikmat.
kesedihan itu tanda kesejahteraan.
kesejahteraan dan kebahagiaan
yang berkekalan di akhirat.

jadi wahai manusia,
kesedihan tanda cintanya Allah pada kita.
kesedihan tanda ingatnya Allah pada kita.
kesedihan bukanlah satu
sumpahan atau satu bebanan.

Setiap cahaya yang kita memperolehi dari setiap
kesedihan yang kita tempuhi,
1000 kali kebahagian sedang menanti di pintu syurgawi.


* so guys, it's ok to be sad and stress.
you're on the good side of it.
embrance that lil' bit of pain.


" The thing is: The closer you get to god,
you have more sadness."
- Dina Zaman dari buku 'I am Muslim'


Salam,

'Arifah 'Atiqah Bte Rahmat. :))

Jumaat, 2 Mei 2008,11:00 PTG



Aku juga perempuan,
Punyai impian,
Anggun di balut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan.
Ku ingin bermadah puisi,
Bersyair dan menyanyi,
Lincah menari,
Menghibur dan menyeri.
Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemahsyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan.
Kuingin kemuliaan abadi,
Kemahsyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di Taman Syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari.

Petikan dari buku Tautan Hati - Fatimah Syarha

*Nisa*

,11:22 PG