Nama: Pentas Karyawan
Dilahirkan: Tanggal 2006
Naungan: Kumpulan Budaya Melayu Politeknik Republic
PK Committee AY 09/10
Head of PK - Nada Farzana
Asst Head of PK (Drama & Literary) - Md Hilmi
Secretary - Nur Farahdillah
Publicity - Rabitah
Asst Publicity - Md Syafiq
Treasurer - Nur Amirah
Welfare - Md Syafiq
Logistic - Fitria Farhana
Contact us
(Head Of PK) Nada Farzana: 82507@myrp.edu.sg
(Asst Head of PK) Md Hilmi: 71955@myrp.edu.sg
Email: pentas_karyawan@live.com.sg
Training Days
Tuesdays - Thursdays
Practice Room 3B (subject to changes)
Time: 5pm - 830pm
Time: 1pm - 5pm (Holidays)
(check for further emails)
Welcome
Kekata MCG
Menyatu harapan
Curahan impian
Gemilang si anak seni!
Zaman berzaman kian berganti
Anak Melayu ke mana kini?
Seni budaya bersulam adat
Hadir Pentas Karyawan mengasah bakat!
Profile |
Links |
Talk
Welcome PK Babies
I would like to extend my most heartfelt gratitude to all those who made 29th April 08 possible
Seniors and Juniors, welcome to Pentas Karyawan
I hope to make your stay in Pentas Karyawan worthwhile,
Just as much as I would love to see PK go further and exel in Drama & Sastera
Dats my one and only wish
I can foresee us being united as one family
With fresh faces now as part of us,
We can really raise the platform
I enjoyed yesterday, dun you think so? =)
Next up,
TSC HELPERS NEEDED!
U have received my email regarding this,
Thanks to those who responded, we need more!
Im sure we all can lend our support to our fellow Selatra friends
The dates are as followed: 7, 8, 14, 15th of June
Do email me ur if u are interested to participate yea! =)
CE Points will be awarded, along with FREE shirt and meals
The next Pentas Karyawan session will be on
6th May, 5pm at Student Lounge
See you guys there!
` Wirni Asyura -*
Rabu, 30 April 2008,3:27 PTG
Aku masih disini
Aku masih disini Walau ribut badai melanda Walau pelbagai rintangan harusku tempuh Akanku tetap teguh berdiri
Aku masih disini Menanti hari Yang inginku temui Biarpun beribu tahun
Aku masih disini Kerana kau Yang menjadi api dalam hidupku Untuk terus membara
Aku masih disini Menunggumu… Sehingga akhir hidupku Dan bertemu di pintu syurga
Sekiranya aku pergi Tanpa berita untukmu Kenangilah aku Dalam doamu…
Akhbar Abdul Rahim~ Sabtu, 26 April 2008,11:45 PG
Melayu, Oh Melayu!
Cahaya… Terangan kilau memancar pekat di alam kelam Sinaran cahaya yang menyinar di alam gelita Sayangnya budaya kita jua begitu Seakan cahaya kecil yang memancar sunyi Dan aku di sini masih tercari-cari
Di mana perginya orang kita? Orang asing diagung-agungkan Orang sendiri diperlekehkan Badan bertatu, tubuh bertindik, hubungan bebas! Pakaian ketat tersendat, Quran diperalat! Masya Allah!
Sedarkah kita akan diri kita? Sedarkah kita akan adab yang ditetapkan? Tanpa kelompok-kelompok tua, kita takkan ada Dan Sedarkah kita akan musibah akan datang? Sedarkah kita akan ajaran dunia akhirat? Sedarkah kita akan generasi masa hadapan? Sedarkah kita akan bila tertiupnya sangkakala?
Tanggungjawab Ilmu pendidikan Masalah sosial Jati diri Maruah Harga diri Tanpa kesemuanya, Budaya kita akan haus ditelan zaman Bagaimana didikan generasi muda esok lusa?
Tidah kenal erti hukum, tidak kenal definasi batas Seks rambang? Oh! Itu sudah biasa Sudah terjerat baru teringat
Melayu. Hahh! Melayu hanya pada nama Tanpa akhlak yang kukuh Tanpa akidah yang benar Adat, budaya, tatasusila Ia seakan terumbang-ambing Siapa yang akan menyelamatkan kita?
Wahai anak-anak Melayu! Dengarkan! Dengan bersatu-padu! Dengan bergotong-royong! Dengan bertolak ansur! Bersama kita membina masyarakat teguh
` Wirni Asyura -* Rabu, 23 April 2008,9:27 PTG
Ada dan Tiada. Yang Mana?
Ada dan Tiada. Yang Mana?
Disebalik awan yang kelabu Sang suria sedang bersinar Sedaya upaya, tanpa putus asa Ia cuba melawan kabus tebal Tetapi apakan daya Kepulan awan terlalu tebal Untuk menembus dan menerangi kegelapan
Aku setuju, seratus peratus aku menyokong Memang benar kata kata mereka Kebahagiaan amat mudah sekali dikecapi Tetapi ironinya, kenapa mereka masih lagi tidak bahagia? Apakah mereka tidak mengenal erti kebahagiaan? Atau, keadaan yang menghalang mereka?
Kenapa awan menghadang sang suria? Kenapa pula guruh dan kilat menyusuli? Pernahkah soalan ini bermain di fikiran kau? Kau tercari-cari dimanakah matahari? Apa yang ditonjolkan mempunyai maksud Yang tersembunyi Kenapa ia berlaku, kerana Allah
Dia ingin menghadiahkan kau Pelangi Pelangi yang penuh indah dan berwarna-warni Yang mampu mengubat hati yang menahan derita Penderitaan yang amat menyiksakan Penderitaan bukan menjadi sekatan Untuk mencapai sesuatu yang diinginkan
Dunia ini adalah satu lakonan Dan setiap lakonan ada maksud yang tersirat Fahamilah maksud tersebut Berlumbalah, mengejarlah, berlarilah kau Mengenal apa sebenar erti kehidupan
~Akhbar Bin Abdul Rahim
"Doa memberi kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan." Selasa, 15 April 2008,9:37 PG
Bakat tersimpan kita...
Jumaat, 11 April 2008,10:47 PTG
Kenapa babi halal? (scientific shows....)
,10:44 PTG
Ketika berada di masjid.
Ketika berada dimasjid, aku melihat jemaah makan, tidak khusyuk mendengar syarahan.
Ketika berada di masjid, aku melihat makcik bergossip, mulut berpopet tidak zip.
Ketika berada di masjid, aku melihat wanita bertudung, tetapi berbaju ketat dan terjojol punggung.
Ketika berada di masjid, aku melihat ustad berceramah hingga terkak sakit, manakala jemaah pun sibuk berpicit-picit.
Ketika berada di masjid, aku melihat gema azan sudah berundur tetapi ada jemaah masih tidur berdengkur.
Ketika berada di masjid, aku melihat ada pakcik berjalan dah lah terjengket-jengket tetapi mata masih sempat berkenyit-kenyit.
Ketika berada di masjid, aku melihat jemaah yang datang ke masjid, berkilau dan berkilo emas permata dan rantai jade.
Ketika berada di masjid, aku melihat jemaah sedang berzikir dan berdoa, ada pula yang bermain psp dan mendengar lagu jiwa-jiwa.
Ketika berada di masjid, aku melihat telatah orang lain, tetapi aku sendiri yang otak ke lain.
Ketika berada di masjid, tolonglah ingat tanggungjawab kita sebagai orang islam, jangan lah sampai kita sendiri yang tenggelam.
Salam,
'Arifah 'Atiqah Bte Rahmat =)) Isnin, 7 April 2008,12:17 PTG
Book Launch, Initiative by ASAS 50
Dear All,
Angkatan Sasteraan' 50 (ASAS' 50) bakal melancarkan buku
"Bila Rama-Rama Patah Sayapnya", hasil Mohamed Latiff Mohamed
Pelancaran itu akan diadakan pada tanggal April 12, 2008
Jam 2.30ptg - 4ptg di Auditorium, Perpustakaan Tampines
Dipersilakan hadir bersama teman yang turut berminat
*-- Wirni Asyura --*
Sabtu, 5 April 2008,1:49 PG
Salahku, Wanita
buat renungan kita bersama...
(click to enlarge)
hehe, rasa-rasanya, anda-anda di luar sana tahulah yerr, ape yang menjadi sumber inspirasi saya untuk hasil karangan nie...
yuk, kita kupas sedikit
Wanita ini adalah kaum yang lemah. Walaubagaimanapun, ada badan-badan kemasyarakatan yang berjuang untuk membela hak wanita. Namun, SEJAUH MANA HAK KAUM WANITA INI DIBELA?
Untuk kaum adam di luar sana, apakah ciri-ciri ideal yang anda cari dalam seorang wanita? Adakah anda akan mencari wanita yang merokok? Yang bebas pergaulannya? Tentunya, hampir keseluruhan di kalangan anda akan menjawab tidak. Kenyataannya, ANDA INGINKAN WANITA YANG SEBAIK-BAIK MUNGKIN, ya kan?
Arus kemodenan semakin pesat berkembang. Mampukah kita terus mempertahankan adat budaya dengan sesempurna mungkin, tanpa membiarkan ia ditelan masa disebabkan globalisasi? Globalisasi. Sesuatu yang amat penting dalam kemajuan negara. Dalam mendekati diri dengan globalisasi, kita harus membuang fikiran kolot kita dan membuka minda kita dengan lebih luas lagi. Namun, adakah globalisasi itu sebaik mana yang kita fikirkan? Adakah masyarakat kita sendiri mampu menerima globalisasi? Terbukakah minda kita sebenarnya?
Mendalami isu ini, anggota pentas karyawan telah mengupas sedikit sebanyak perkara-perkara yang menjadi bahan perbualan orang lain dalam masyarakat Melayu-Islam di Singapura, mendefinasikan apa yang diterima dan apa yang tidak diterima oleh masyarakat. Di sinilah, kami mendapati bahawa WANITA ADALAH DENGAN SENDIRINYA SEBUAH GARIS PINGGIR YANG MENGHALANG GLOBALISASI.
Mengapa apabila lelaki merokok, masyarakat terima, apabila wanita merokok, MASYARAKAT TIDAK DAPAT TERIMA dengan sebaiknya?
Apabila pergaulan lelaki dan wanita tidak terjaga,HANYA WANITA YANG DITUDUH GATAL? Mengapakah lelaki bagai tidak bersalah? Bukankah mereka(lelaki) juga yang menggoda si wanita? Dan apakah salah wanita ketika terjatuh dengan godaan itu? Bukankah kami semua berdosa dan bernafsu?
Mengapa dalam isu rumah tangga, jika lelaki berfoya-foya, salahnyaWANITA YANG TIDAK PANDAI MENJAGA HATI SUAMI?
Mengapa dalam hal politik atau kerjaya, sebaik-baiknya, lelaki memegang jawatan yang lebih besar dari wanita? Bukankah wanita itu boleh membuktikan bahawa dirinya setaraf? Mengapa menjadi hal besar apabila wanita itu lebih berjaya? Mengapa kejayaan wanita itu dianggap negatif, kerana ia seperti mencabar kaum lelaki? Sedangkan, ternyata dalam kekata inggeris, "behind every successful man, is a woman" yang menyatakan di sebalik setiap lelaki yang berjaya, adalah seorang wanita(yang membantu mengukir kejayaannya). JadiAPA SALAHNYA WANITA ITU MEMBUKTIKAN KEBOLEHANNYA?
Mengapa semuanya bagai salah wanita? Sedangkan dalam Islam, jika berdosa wanita itu melihat lelaki, dosa juga si lelaki kerana telah mengambil perhatiannya? TetapiMENGAPA KINI BAGAI WANITA SAHAJA YANG DIPERSALAHKAN?
maka dalam pantun karangan ini, saya mempersoalkan tentang mana letaknya hak wanita sebenarnya, dan mengapa masih ada kekolotan minda ini terhadap wanita sedangkan kita ingin membuka minda, menuju ke arah globalisasi. tetapi, yang masih tidak terjawab adalah, MASIHKAH KITA AKAN TERIMA, JIKA PEMBUKAAN MINDA KITA INI MERUBAH KAUM WANITA KITA? kalau begitu, MASIHKAH GLOBALISASI SEBAIK MANA YANG KITA FIKIRKAN?
Adakah disebabkan globalisasi, akan terjadinya keruntuhan Melayu? WANITA Melayu?