Wondering on how to IMPROVE your learning and UNDERSTANDING
And ultimately your grades? Everyone is different, and for some students,
Studying and being motivated to learn comes naturally Upon reflection, time is precious and not to be squandered
Effective study skills are more about than just understanding Effective study skills must be practices for you to improve It is not enough to simply "think about" studying; you have to actually do it And in the process use information from what you do to get better.
“Practice doesn’t make perfect. Perfect practice makes it perfect.” If you want to be an achiever, take this saying to heart.
This workshop is designed and customized for MCG members
to help you develop effective study skills. Where time is the most valuable resource a student has,
It is also one of the most wasted of resources.
Stay tuned for more details in future email from me
Disebabkan saya berasa "nostalgia" hari ini, Saya berdedikasi lagu ini untuk semua orang di sini.
Enjoy =D
The song:
The lyric: Sahabat…mengapa kau pergi Tinggal aku sendiri Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu Jadi yang terbaik Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu Datang walau sesaat Ku ingin kan kau hadir
Chorus: Aku disini dan menunggu Diam tanpa dirimu Kau tahu ku tak bisa Beranjak terbang dan melayang tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
*salam sayang dariku, eaz aka ezny --@
Isnin, 24 Mac 2008,5:44 PTG
Bacalah
Engkau bukan engkau pada mereka
“Akulah yang paling gagah Akulah yang paling kaya Akulah yang paling kacak Akulah yang paling cantik Akulah yang plaing diminati ramai Akulah yang laing pandai”
Tetapi tahukah kau Kerana keegoanmu Dimata mereka
Engkaulah yang paling lemah Engkaulah yang paling miskin Engkaulah yang paling hodoh Engkaulah yang paling dibenci ramai Engkaulah yang paling bodoh
Kerana orang yang merendah diri Merekalah yang paling bagus daripada kau.
Rindu
Aku rindu akan belaianmu Aku rindu akan dakapanmu Aku rindu akan tawamu Aku rindu akan kucupan mesramu Aku rindu bila bersamamu Bila kerinduanku akan terubat?
Siapa sebenarnya sahabatku?
Bila diminta tolong, aku sedia menolong Bila bercerita, aku sedia mendengar Bila inginkan “punching bag”, aku merelakan diriku Bila menangis, aku yang memujuk
Tetapi hakikatnya
Bilaku meminta tolong, alasanmu “aku ada hal lain” Bilaku ingin bercerita, alasanmu “aku sibuk” Bilaku inginkan “punching bag”, semua fikir aku gila Bilaku menangis, hanya seorang daripada puluhan yang menegur
Inikah yang dinamakan sahabat setia?
-akhbar abdul rahim~
Rabu, 19 Mac 2008,9:21 PTG
Pesta Peti Putih 2008
*drumrolls*
The gangs from Teater Ekamatra are here once again this year With new competitors, with new sets, with new approach
Here presenting,
And RP MCG's very own Pentas Karyawan peepz are back in it With new drive, we are so ready to face new challenges
P/s: I'll see you guys at the next training this Thursday at 11am :)
*-- Wirni Asyura --* ----------------------- Selasa, 18 Mac 2008,8:42 PTG
Pantun Persandingan Pengantin Baru
Pantun Persandingan Pengantin Baru
Manisnya terserlah, ayunya si dara Mata dibelai celak, inai menghiasi tangannya Bibir merah menyala, ahai, manja senyumnya Tersipu-sipu si dara bila diusik keluarga
Riuh rendah serumah dikunjungi saudara Teman kenalan turut hadir bersama Menyaksikan majlis yang penuh bermakna Terjalinnya ikatan antara teruna dan dara
Kedengaran paluan kompang jauh di luar sana Diiringi gamelan, didahului penari-penarinya Wajah ditutup dengan kipas si Mak Andam Si dara terasa cemas dan takut yang mendalam
Segak si teruna berpakaian songket Melayu Kacak orangnya, senyum manis malu-malu Bertanjak di kepala, berkeris dalam sampingnya Nakal pula matanya, menjeling ke arah si dara
Sanak saudara riuh menyambut kedatangan Adik-adik saudara menghalang teruna di depan Tidak berganjak dari tempat mereka berada Masing-masing menanti upahan mereka
Sampul demi sampul, saudara teruna hulurkan Saudara si dara tersenyum lebar gembira Pintu hadangan dibuka, teruna mendekati si dara Aduh apa nasibnya, dihalang Mak Andamnya pula!
Tertunduk si dara, pasangannya di depan mata Kipas Mak Andam menyembunyikan wajah ayunya Dari awal tadi Mak Andam menghiasi si dara Memang patutlah si Andam meminta kini ganjarannya
Berundinglah pula saudara teruna dan Mak Andamnya Mahu atau tidak, memberi teruna tempat sandingannya Mak Andam merajuk tidak dapat sampul upahannya Saudara memujuk untuk relakan sandingnya teruna
Mak Andam mengalah lepas mendapat sampulnya Kipas diketepikan, memperlihatkan si dara Sejambang bunga dihulur untuk dara dari teruna Bersandinglah sudah si teruna dan si dara
Doa dibisik Mak Andam untuk mempelai Air mawar yang tersedia direnjis renyai-renyai Bila diri sama tinggi, duduk pula sama rendah Itulah dikatakan bagai pinang dibelah dua
Selamatlah sudah persandingan mempelai berdua Atas berkat dan doa keluarga dan saudara Selamat pengantin baru, diucapkan semua Moga kekal ke akhir hayat, bahagia selamanya
-Nurul Nadiah
Isnin, 17 Mac 2008,1:30 PG
Sajak - KaryAku
Seraya ingin berkongsi karya-karyaku
Sesiapa yang didapati mencuri ilham-ilham berikut,
Tangan kene potong eh! Last warning eh!
=)
Emosi -* Di dalam tubuh ini Emosi adalah pemburuan kehendak hati Di dalam ukuran badan Emosi adalah dambaan hasrat dan keinginan Di dalam minda Emosi adalah sikap menahan diri Dan di dalam hati Emosi adalah pengembangan diri
Semua Milik Ku -* Pengetahuan agama adalah hukuman mati ku Alasan adalah akar kepercayaan ku Cinta adalah penubuhan ku Keghairahan adalah penyokong ku Ingatan kepada Allah s.w.t adalah kawan ku Keteguhan adalah harta bernilai ku Kedukaan adalah teman ku Ilmu adalah senjata ku Kesabaran adalah iman ku Kemiskinan adalah kebanggaan ku Kesetiaan adalah seni ku Keyakinan adalah tenaga ku Kebenaran adalah penyelamat ku Kepatuhan adalah kecukupan ku Pergelutan adalah gaya ku Dan hasrat terletak di dalam Doa ku
Adil -*
Illahi selamanya adil Di alam fana, barzakh, Atau akhirat nanti Namun keadilan sering dinodai Oleh manusia Yang meletakkan diri sendiri Mengatasi hakiki
----------
Copyright*WirniAsyura
*--Wirni Asyura --*
Ahad, 16 Mac 2008,12:38 PG
Simpulan Bahasa of the day : SENYUM KAMBING
Maksudnya : Senyum sedikit atau senyum yang dibuat-buat
Macam ni...
Comel pulak kambing ni punye senyum kan? Mbekk =)
Isnin, 10 Mac 2008,3:22 PTG
Meeting Updates
:: Attention Pentas Karyawan members ::
6th March production training has been cancelled and postponed...
Details: Date/Day: 11th March / Tuesday Time: 11am Venue: Usual Place
As usual, LATECOMERS will be charges 50cents and the money will go to PK Fund No exceptional and special treatments for this Strictly abide by the rules and regulations as followed Those who wont be able to make it please do inform beforehand any of the Heads Please check your mails for further updates, thank you
*--Wirni Asyura--* - Khamis, 6 Mac 2008,2:21 PG
Pantun Untuk Digelak
Sorong papan tarik padan Buah keranji dalam perahu Tolonglah jangan makan buah keranji tu Nanti badan kau orang berbau.
Encik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit jerit Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju Sampai pokok sena Woii, jangan buai laju-laju Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Cucur atap tak sedap Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap
Limau purut masak di dahan Batang selasih condong uratnya Limau purut tak boleh makan Nanti sakit perut apa ubatnya.
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Kalau padi tu belumlah masak Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Air pasang pagi surut pukul lima Nyonya bangun pagi siram pokok bunga Haloo nyonya, mau tanya sikit Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu
Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.
Anak mak leha berbudi bahasa Tapi kat rumah tak pakai seluar Kalau pantun ni terkasar bahasa Sorry ar akhbar tengah demam and boring ar.
Anak kuda pantas berlari Anak semut kesian kene pijak Yang pantun warna biru semuernyer ori Yang pantun warna merah smuer cetak rompak.
Satu dua kesian kene sebat Tiga empat yang tak bersalah pon kene Akhbar nak makan sarapan dan ubat Gua undur diri assalamualaikum semuer.
~Akhbar Abdul Rahim Isnin, 3 Mac 2008,10:57 PG
Hanya Untukmu Ibu
Harapan yang membakar engkau beri Antara hidup dan mati engkau tempuhi Besarkan kami dengan kasih suci Ikhlasnya kasih sayang yang engkau curahi Bertahan dengan apa jua cabaran engkau hadapi Atas kasih Illahi engkau berdiri hari ini Hanya berdoa yang terbaik buat kami
Hampa, tidak pernah engkau merasa jemu Atas nama keluarga engkau jaga selalu Sentiasa menasihati, tanpa merasa malu Hinggalah hari ini, aku dan engkau tahu Inilah perilakumu wahai ibu Memang tidak terbayar pengorbananmu