<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3698609420193059938?origin\x3dhttp://pentaskaryawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Welcome

Kekata MCG

Menyatu harapan
Curahan impian
Gemilang si anak seni!

Zaman berzaman kian berganti
Anak Melayu ke mana kini?
Seni budaya bersulam adat
Hadir Pentas Karyawan mengasah bakat!

Profile
| Links | Talk
Persembahan Oleh Rafaat Hamzah

Pada tanggal 29 Januari 2008, Encik Rafaat Hamzah telah dijemput untuk mengongsi puisi-puisi karangannya di Politeknik Republik di sesi forum ‘Bilang’. Puisi-puisi yang dipersembahkan telah dipetik dari buku ‘Yang Bilang’, tulisan Encik Rafaat sendiri, yang telah dilancarkan pada 29 Disember 2007 di Bussorah Street.

Mendalami bahasa puisi, Rafaat tidak hanya membataskan rekaannya kepada bahasa baku, tetapi juga bahasa pasar, bahasa yang biasa digunakan. Oleh sebab itulah, puisi-puisi Rafaat Hamzah mudah diamati dan difahami oleh ramai.

Cara puisi-puisi ini dipersembahkan pula amat berbeza dengan cara tradisional. Dengan penuh ekspresi dan gaya persembahannya yang tersendiri, beliau dapat menarik perhatian para pendengar dan membuat mereka berminat untuk mendengar selanjutnya. Memang sukar untuk meluahkan sesuatu yang serius dalam keadaan lucu, tetapi pastinya, tiada yang menghalang Encik Rafaat daripada berbuat demikian. Malahan, beliau telah melakukannya dengan baik sekali.

Puisi-puisi beliau dipengaruhi oleh keadaan sekililing, berita-berita hangat yang mengambil tempat di halaman pertama akhbar harian, perkara seharian dan macam-macam lagi. Kebanyakan karyanya adalah luahan perasaannya tentang isu-isu sensitif dan boleh membawa perdebatan yang hangat, tetapi, apabila disoal tentang keberaniannya untuk menulis tentang isu-isu tersebut, jawapan beliau amat bersahaja.

"Saya hanya menuliskan apa yang saya lihat di sekeliling. Dan saya mempunyai evidence untuk membelakangkan tulisan saya. Kalau awak boleh buktikan saya salah, saya mengalah, dan saya mintak maaf. Tetapi kalau tidak... (tersenyum lebar)"
- Encik Rafaat Hamzah

Karya-karyanya juga telah mengubah pendapat pendengar tentang puisi, yang zalimnya dikatakan boring dan terlalu jiwang.

“Sebelum 'Bilang', saya sangkakan puisi amat membosankan kerana selalunya puisi mengandungi perkataan melayu yang amat berbunga-bunga dan sukar bagi saya untuk memahami ataupun menjiwai kandungan puisi tersebut. Selepas menghadiri sesi ini, saya dapati bahawa puisi tidak semestinya harus mengandungi perkataan berbunga-bunga, asalkan ia memberi makna disebalik puisi tersebut, pun sudah mencukupi.”
- Nurul Badriah, pelajar tahun pertama Politeknik Republik

“Kali pertama ditemukan dengan puisi atau sastera, kegelisahan melilit diri kerana tiada minat. Kehadiran Rafaat Hamzah telah membuatkan saya berkeinginan untuk mendalami puisi. Jika dilihat dari karyanya, ia amat berbeza sekali dengan puisi-puisi yang pernah saya baca. Puisinya amat unik dan telah berupaya untuk menarik perhatian saya untuk membacanya. Selain itu, puisinya amat mudah difahami kerana perkataan-perkataan yang digunakan adalah mudah. Akhir sekali, kata-katanya yang meninggalkan kesan kepada diri saya ialah ‘kita mesti jujur dan jangan takut dengan penggunaan bahasa dalam penulisan puisi.”
- Akhbar bin Abdul Rahim, pelajar tahun kedua Politeknik Republik

Dan pastinya, para hadirin dibekalkan dengan secebis dua kata semangat dari penggiat seni yang cukup prolifik ini, apa yang disampaikan serasanya cukup segar dan amat berkesan apabila beliau menggalakkan kita kata-kata beliau,

"Tulislah dengan jujur dari hati dan beranilah ke hadapan menyatakan kebenaran melalui mata pena."
- Encik Rafaat Hamzah

Moga-moga apa yang telah dicurahkan dapat menyuntik semangat mereka dan mendorong para pelajar agar lebih giat lagi untuk menulis.


Oleh: Nurulhuda

Khamis, 7 Februari 2008,6:52 PTG